Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Tuesday, October 30, 2012

Lactolite TERBAEEEKK utk ibu & bapa mengandung!!

 
Probiotik baik untuk wanita hamil juga untuk suami yang mengandung...

SEBAGAI seorang wanita, impian bergelar ibu adalah naluri semula jadi yang tidak dapat dinafikan.

Disebabkan itulah, sebaik sahaja disahkan mengandung, bakal-bakal ibu pastinya mengambil berat akan pemakanan mereka sepanjang sembilan bulan agar kesihatan diri serta anak yang dikandungnya sihat.

Oleh itu, bagi menjamin kesihatan bakal-bakal ibu, mereka digalakkan mengambil produk pemakanan yang berkhasiat yang baik khusus untuk keperluan pemakanan wanita mengandung.
Di samping pemakanan berkhasiat yang lazim dinasihatkan oleh para doktor,  ibu-ibu mengandung turut disarankan agar mengambil makanan yang mengandungi probiotik untuk menjamin kesihatan anak yang dikandung.

Dalam masa yang sama, pemakanan yang berkhasiat amat digalakkan agar ia dapat menampung kesihatan bayi sebaik dilahirkan sehingga menjangkau 1,500 hari.
Dipercayai sepanjang tempoh ini merupakan masa kritikal untuk pembentukan serta tumbesaran anak-anak dan ia perlu diberi perhatian serta tumpuan oleh ibu bapa.
Oleh yang demikian, menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Natasha Ain Mohd. Nor, ibu-ibu mengandung digalakkan mengambil pemakanan yang mengandungi probiotik seperti tempe, yogurt, minuman berkultur, miso dan sesetengah minuman jus atau soya.

Ini kerana ulas Dr. Natasha, golongan itu sering menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti sembelit, pedih hulu hati, keputihan, kencing tidak lawas dan sebagainya.
Dengan adanya ‘bantuan’ daripada pengambilan makanan-makanan yang mengandungi probiotik, ia dapat membantu mengurangkan masalah tersebut dengan penambahan bakteria baik di dalam usus.

Ia juga dapat mengekal dan meningkatkan kesihatan ibu-ibu mengandung dan anak yang dikandung kerana lazimnya daya tahan wanita semasa mengandung akan menurun.

“Ibu-ibu yang mengandung digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan probiotik melalui diet harian dan memakan suplemen dalam bentuk kapsul, pil atau susu ibu mengandung yang terdapat probiotik.
“Pengambilan probiotik bukan sahaja memanfaatkan kepada ibu malah ia turut memberi kebaikan kepada anak yang dikandung.

“Secara tidak langsung, kebaikan probiotik yang diambil semasa mengandung akan berterusan sehingga anak yang dilahirkan mencecah 1,500 hari," ujarnya ketika ditemui di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, baru-baru ini.

Probiotik ialah bakteria baik yang terdapat pada dinding usus untuk menjadikan badan kuat dan sihat.
Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dalam ekosistem usus dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.

Malah sistem ketahanan badan yang baik diperlukan bagi menjaga kesihatan.

Di sinilah probiotik atau ‘bakteria baik’ dalam usus dilihat memainkan peranan penting bagi memperkuatkan lagi sistem imun.
Kekurangan probiotik juga menyebabkan sistem ketahanan badan tidak berkembang dengan baik. Ini boleh membawa kepada gangguan sistem ketahanan, gejala alahan dan obesiti.

Menurut Dr. Natasha banyak kajian klinikal telah dilakukan mengenai makanan tambahan probiotik. Salah satunya oleh seorang profesor dalam bidang perubatan kanak-kanak dari Universiti Turku, Finland, Dr. Erika Isolauri.
Kajian yang dilakukan oleh Dr. Isolauri baru-baru ini telah menemui fungsi terbaru probiotik di mana ia mungkin memainkan peranan penting untuk mengawal paras gula dan juga berat badan bagi ibu-ibu mengandung.
Ini bermakna probiotik mampu mengawal kencing manis dan berat badan wanita ketika hamil dan selepas bersalin.
Bagaimanapun ujar Dr. Natasha, ia masih lagi dalam kajian awal dan kajian seterusnya perlu dilakukan.
Kata beliau, pengambilan probiotik juga adalah untuk maksimumkan kebaikan bayi selain dapat meredakan bayi yang sedang mengalami masalah cirit birit.

Berbicara mengenai jumlah pengambilan probiotik, ulas Dr. Natasha, setiap individu adalah berbeza dan seelok-eloknya mengikut nasihat yang disarankan doktor.
Apabila ditanya mengenai kesan sampingan pula, ulas Dr. Natasha, kajian-kajian saintifik tidak menunjukkan sebarang kesan buruk yang tidak diingini di kalangan wanita mengandung dan bayi.
Dr. Natasha juga percaya orang ramai perlu dididik mengenai manfaat probiotik kerana ia bukan sahaja memberi kebaikan kepada ibu-ibu mengandung serta bayi tetapi juga kepada orang ramai.
 


Lactolite merupakan satu-satunya minuman yogurt yang tidak mengandungi gula serta diiktiraf selamat oleh FDA. Selain diambil semasa mengandung, ia juga amat baik untuk diteruskan semasa penyusuan bayi selepas proses melahirkan.

Tuesday, October 2, 2012

Mineral Coffee @ Kopi Garam Buluh



Aroma istimewa Hai-O Mineral Coffee berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari Korea. Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium dlm penggunaannya. Hai-O Mineral Coffee bukan sahaja memenuhi cita rasa para peminat kopi, malah kandungan garam buluh di dalamnya telah meningkatkan nilai nutrisi kopi.

Keistimewaan kopi mineral berbanding kopi lain di pasaran :


i) Mengandungi garam buluh yang sangat bagus utk kesihatan, customer2 Cina yang selalu duk perabihkan stok bagitau - mereka makan/minum garam buluh utk bagi panjang umur (kesihatan meningkat). Kebanyakan dr kita mmg tak boleh nak minum terus garam buluh ni sb rasa dan baunya tak sedap... tapii.. bila garam buluh terdapat dalam kopi mineral.. rasanya wahh!! sedap betulll!! ini yang sgt special!! 


ii) Garam buluh juga bersifat sangat beralkali..(remember : air zam zam di Mekah sangat tinggi alkali +-14 pH nya, Allah mengetahui apa yg terbaik utk hamba2nya) so ia akan neutralise asid berlebihan dalam badan kita (perut lapar/pedih sb asid) . That's why mereka yang minum di waktu pagi akan rasa kenyanggggg je sehingga tengahari.. so kadang tu boleh skip lunch atau makan dlm kuantiti sedikit.. then petang minum lagi sekali so dinner takyah ambil banyak... Pastu senang nak membuang, so perut lega!! Kepada yg minum kopi leh jadi kembung perut.. dgn kopi mineral - tidak lagi... Hmmm... meh secawen!! 


iii) Sel2 badan kita buat 'kerja' secara optimum dlm keadaan yang beralkali, so sel2 yang dah tak berapa optimum buat kerja akan aktif balik... itu la pasal ada testimoni minum kopi mineral seminggu (2kali sehari).. yang kencing manis reduce sugar level dari 11 kepada 7 takhal org diabetis takut woo nak minum 3 in 1!! pastu kalau biasa2 ada bisa2 tumit dan lutut... pas minum hilang la pulak bisanya (itulah kerja asid.. bagi bisa2 sumer)... 


iv) Kalau badan anda banyak toksid, dan anda bukanlah pencinta air mineral (minum 3L-5L sehari).. maka kalau sapu Bio Ever mungkin menyebabkan naik ruam di kulit, so utk bagi cepat sikit flush toksid tu, kami galakkan minum garam buluh... dan kalau tak boleh telan yang biasa, meh la minum ngan kopi ni (biasanya sy akan tambah sikit lagi garam mineral dlm kopi ni)


v) Bagi peminum2 kopi tegar, Kopi mineral mmg mabelesss.. Cukup rasa!! Kalau anda rasa2 nak demam..tengah berdedar2 panas tu, minum 1 cawan kopi mineral panas... dlm setengah jam berpeluh2 then insyaAllah beransur2 lega.. 

vi) Mineral coffee juga tidak ditambah gula (free sugar), tidak mengandungi kolestrol dan bahan pengawet.  Juga mengandungi kandungan magnesium yang tinggi...  Sesuai dan sangat bagus diminum bagi  mereka yang mengidap darah tinggi dan kencing manis.  Sesuai juga diminum disemua peringkat umur termasuk kanak-kanak...

vii) bagi student atau reseacrher... minum mineral coffee juga mmbantu utk lebih bertenaga dan sangat2 mmbantu semasa nak stay up...  pagi esok bangun mantain jerrr tak de lebam bawah mata...

Pembekal seluruh Malaysia/negara diperlukan untuk berkongsi kebaikan nutrisi kopi mineral dengan semua.....

Hubungi Zuraidah  016-7234652 @ 
Jamal 016-7218601 

Kolagen?


Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). 

Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan IV. 
  • Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
  • Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan), mata
  • Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tisu lembut seperti hati, jantung, tulang sumsum, arteri, kulit, usus, rahim
  • Kolagen I V: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah
  • Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.

 

FUNGSI KOLAGEN
  • menghasilkan asid amino  penting seperti : lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan  tulang glisin -melembapan kulit.
  • alanin, prolin  dan asparagin - menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin - memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang, menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik

KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN
  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi (buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan (inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

Selain daripada itu, kesan lain akibat kekurangan kolagen adalah seperti berikut:
  • kulit kusam
  • tak bermaya
  • tiada seri
  • kulit kedut dan mula kendur
  • pigmentasi kulit 
  • cepat letih dan lesu
  • sakit badan dan sendi
  • mudah lupa
  • kurang penglihatan 

KELEBIHAN MENGAMBIL BB PLUS KOLAGEN SEBAGAI SUPLEMEN  
  • Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung .
  • Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit.
  • Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal. Ia adalah dari jenis kolagen I.
  • Berat molekul rendah daripada 1000 adalah  lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing, lembu atau babi seberat 400 000.
  • Menyediakan  predigested collagen  yang telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
  • Kolagen ikan  dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .
  • Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
  • Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan. Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
  • Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk  pembentukan kolagen dalam badan. Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
  • Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu, dan untuk mengekalkan fungsi sel.
  • Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan.
  • Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot. Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme. Ini mempercepatkan kadar pembakaran lemak .
  • Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak  diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
  • Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tisu penyokong terutamanya pada sendi.
  • Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya melembapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
  • Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan. Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
  • Mempercepatkan proses pemulihan kecederaaan.
  • Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
  • Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
  • Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
  • Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
  • Ia membantu menegangkan kulit dalam  melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan.
  • Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
  • Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.

Wow Hebatnya!!!!  Dapatkan BB Plus Collagen sekarang..

Tawaran Hebat....!!!!

Dapatkan hadiah istimewa


Daripada saya Zuraidah Bachok….

Cepat.. cepat hubungi saya

016-7234652

 

Thursday, July 7, 2011

Ezigrow.... Jimat....

Kalau kengkwn kt luar sna yg empunya kebun kelapa sawit, getah, pokok buah2an, sayur2an dan lain2, saya sgt2 mengesyorkan agar anda mencuba baja ni...sgt berbaloi2 & x rugi punyerrr...... Kami ada banyak testimoni penghasilan berganda selepas penggunaan baja Ezigrow ni. Kami juga mempunyai konsultan paling berpengaruh dan berpengetahuan untuk menasihati kesesuaian penggunaan baja organik ini.. (ada yg sapu kat roti & makan!! -bukan pe cuma nak bgtau betapa tak berkimianya ezigrow ni..)

Contoh ringkas - Sekiranya anda ada 10 ekar kebun kelapa sawit dan sembur baja granular (kimia) biasa (kita ambik yg paling murah la..) 4kali setahun... , anda spend about RM 1500 x 4kali = RM6,000 setahun. Tapi dengan penggunaan ezigrow :

1) Anda akan jimat RM 5000 - RM11,000 setahun hanya dr kos baja..

2) Anda akan dapati keajaiban demi keajaiban terjadi kepada tanaman anda hanya selepas 2 minggu semburan pertama. Testimoni yang kami kumpulkan menunjukkan hasil bertambah sehingga sekali ganda dari biasa. Perahan dr 15-16 bole pergi ke 19-20 (WOW!...pakcik kayooo). Buah2nya besar dan terik sehingga jarum pun tertanggal (bole imagine tak?) Dan yang paling best sekalik - anda bole tak perasan bila musim melawas datang sbb hasil kebun anda boleh dikatakan tak banyak beza pun..... (musim melawas ini yg pekebun2 dan pemilik ladang kelapa sawit selalu bengang ni, tapi nak buat cam no kan ... ). Kini da x perlu risau... Ezigrow kan ada... Yessss!!



Kepada mereka yang berminat boleh hubungi saya @ 016-7234652


Kami juga sedang membuka peluang biz ke seluruh Malaysia kepada mereka yang berminat untuk menjadi agen.

Monday, June 27, 2011

Murah Rezeki or Mudah Rezeki?

Ngadap PC sambil dengo sinar fm.... berkumandang plak lagu nih... Rumi dan Juli... Tetiber rasa cam zaman muda belia la plok.... Mulut pun tetiber jer ikut oooo rumi dan juli...lamb............... Lagu msa sek men.... memori... memori......

"Murah rezeki".. Apa yang terlintas kt kepala kita bila kita mention "murah rezeki?". Ya, selalu kita dengar bila kita berdoa... "Ya Allah dimurahkanlah rezeki kami......."

Rezeki yang murah memanglah petanda yang baik…tapi kalau rezeki tu murah…benarkah rezeki tu tak berharga langsung?
Dalam konteks Islam, “murah rezeki” mungkin bermaksud rezeki tu mudah datang…ia mencurah2 tanpa henti…tak perlu di beli atau di curi dari mana2. “Murah Rezeki” bermaksud rezeki yang datang dari Rahmat Allah…maknanya usaha kita mencari rezeki di permudahkan…dan ianya datang tanpa di minta. Rata2 ia tak mungkin kerana rezeki tu murah…tak berharga atau tak bernilai.

“Murah Rezeki” di gunakan oleh orang2 terdahulu dari kita bukanlah bermaksud rezeki tu tak berharga langsung. Tapi, ia lebih menyangkut kepada Allah telah mempermudahkan rezeki mereka yang ingin mendapatkan manfaat dari amalan2 yang mendapat RahmatNya sebagai ganjaran dari keredhaan mereka semua. Cuma, yang jadi persoalannya, ramai orang cuma gemar berasa cukup setakat mendapat rezeki setakat itu. Tak seperti bangsa2 lain seperti orang Cina, India…malah orang Inggeris pun tidak hanya bergantung kenapa nasib mendapat “murah rezeki” tapi mereka mencari jalan untuk mempermudahkan rezeki mereka dengan cara berusaha gigih.


Orang kita hanya suka bersyukur dan tidak bergerak ke mana2.
Usulan untuk menggunakan prasa seperti “mudah rezeki” boleh juga di gunakan…tapi implikasinya akan tetap sama sekiranya tabiat bersyukur tanpa menggerakkan usaha…kita takkan kemana2 pun. Rezeki kita akan tetap begitu…


So, apa yang penting adalah usaha kita.... dan seterusnya penyerahan kepada Nya.... InsyaAllah Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui......



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...